LAWATAN KERJA PENANDAARASAN AMALAN EKSA KE MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

Pada 8 Mac 2015 yang lalu, seramai 19 orang ahli rombongan yang terdiri daripada Ketua Kastam Pasir Gudang, Fasilitator EKSA JKDM Pasir Gudang, Pengerusi EKSA JKDM Pasir Gudang serta beberapa orang ahli Jawatankuasa EKSA JKDM Pasir Gudang telah mengadakan Lawatan Kerja Penandaarasan mengenai EKSA atau dahulunya dikenali sebagai Amalan 5S ke Majlis Bandaraya Johor BAhru (MBJB). Tepat jam 0800 Pagi, ahli rombongan kami menaiki coaster dan bertolak dari JKDM Pasir Gudang pada jam 0815 pagi. Kami tiba di MBJB lebih kurang jam 0850 pagi dan disambut mesra oleh wakil dari MBJB. Ahli rombongan kami dibawa ke bilik tayangan bagi sesi taklimat yang disampaikan oleh wakil dari MBJB. Persembahan slaid turut dipersembahkan kepada kami bagi tujuan perkongsian informasi. Setelah itu, Ketua Kastam kami dijemput bagi memberikan ucapan sepatah dua kata. Selesai sesi ucapan, diteruskan lagi dengan sesi soal jawab bagi menjawab segala persoalan yang terbuku di hati kami. Setelah itu, kami dibawa melawat ke beberapa unit yang terdapat di MBJB bagi melihat sendiri dengan lebih dekat keadaan dan situasi kerja warga MBJB. Ternyata banyak info-info baru yang kami dapat dari sesi lawatan ini. Kami juga sempat bertukar-tukar pendapat bagi menambah baik mutu perkhidmatan kami. Terima Kasih diucapkan kepada MBJB kerana sudi menyambut mesra kehadiran kami. Semoga ilmu dan informasi yang diberi sediikit sebanyak dapat memberi kami sumber inspirasi bagi menaikkan lagi mutu perkhidmatan kami.














  

CARTA PERBATUAN EKSA JKDM PASIR GUDANG TAHUN 2015

EKSA






PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PASUKAN EKSA JKDM PASIR GUDANG TAHUN 2015

Berakhirnya Tahun 2014, maka bermulalah Tahun 2015.
Ahli jawatankuasa baru telah pun dilantik bagi menggantikan ahli jawatankuasa Tahun 2014.
Semoga ahli jawatankuasa yang baru dilantik dapat menjalankan tugas yang diberi dengan penuh dedikasi dan amanah.
Berikut adalah Surat Perlantikan Ahli Jawatankuasa Pasukan EKSA JKDM Pasir Gudang bagi Tahun 2015:


BENGKEL PENYEDIAAN LAPORAN ANUGERAH INOVASI EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) 2014

 Pada 15 & 16 Oktober 2014 telah diadakan bengkel bagi penyediaan Laporan Anugerah Inovasi Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).
Bengkel yang telah dihadiri oleh 3 orang wakil ahli jawatankuasa dari Pasukan EKSA JKDM Pasir Gudang iaitu:

 1. Tuan Rahimi Bin Ramli,
2. Puan Suzana Binti Sarpan &
3. Puan Rozahan Binti Mansor



 Sukacita dimaklumkan bahawa Pasukan EKSA JKDM Pasir Gudang telah berjaya memenangi anugerah tersebut. 
Sekalung ucapan tahniah diucapkan.


KEPENTINGAN KITAR SEMULA

Pasti masih ramai yang tidak mengerti apakah itu Kitar Semula? Apakah kepentingan Kitar Semula bagi masyarakat dan juga alam sekitar? Apakah barang-barang yang boleh dikitar semula?
Mari kita selam informasi-informasi ini.

Kitar Semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.

 Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik.

Simbol Kitar Semula:


Tong-tong Kitar Semula & kegunaannya:



Semoga amalan Kitar Semula ini menjadi kewajipan bagi semua bagi Menjadikan persekitaran yang bersih, kondusif dan sihat.

LAWATAN PENILAIAN TAHAP PELAKSANAAN EKSA DI JKDM PASIR GUDANG

Pada 26 November 2014, Bahagian Perancangan Korporat, Ibu Pejabat telah mengadakan lawatan tahap pelaksanaan EKSA di JKDM Pasir Gudang. 
Semua ahli jawatankuasa EKSA terlibat bagi menjayakan lawatan ini.
Berikut disertakan gambar-gambar pada hari lawatan tersebut untuk tatapan:


 

 

 

 Barisan Ahli Jawatankuasa EKSA Tahun 2014